Wednesday, September 26, 2018

Rujukan

                   

Buku Teks Pengajian Malaysia
Wikipedia
 YouTube

Monday, September 24, 2018

Penghargaan

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan termasuk Politeknik Kuching, Sarawak kerana telah memberi sokongan padu dan kelulusan kepada kami untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami.

Dalam usaha menjayakan tugasan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohamad Bazli Bin Mohamad Radzi kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini dengan sempurna.

Sepanjang dalam menjalankan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pengalaman pahit mahupun manis yang amat bermakna dan berharga dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Justeru itu, kami juga telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan maklumat dengan lebih terperinci lagi yang berkaitan dengan tugasan kami iaitu Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan moral kepada kami bagi melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Selain daripada itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuagan kerana mereka telah banyak menhulurkan bantuan dan memberi kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan jutaan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah membantu kami untuk menjayakan tugasan ini secara langsung dan secara tidak langsung. Segala bantuan dan kerjasama yang anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan daripada anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, Terima Kasih.

Penutup

Kesimpulannya,berdasarkan apa yang kami perolehi daripada mengkaji dan mencari maklumat tentang Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia ialah isu perkauman ini boleh mendorong kepada pecah belah masyarakat dan sekiranya tidak dapat diatasi maka keharmonian dan kemerdekaan akan sukar untuk dicapai.Selain itu,dengan mengkaji tajuk ini ianya juga mengajar kita untuk sentiasa bertolak ansur sesama sendiri tanpa mengira kaum dan warna kulit.Akhir kata, kita hendaklah sentiasa bersikap rasional dan terbuka untuk melakukan keputusan yang bijak dan munasabah supaya ianya memberi banyak kelebihan kepada masyarakat agar tidak menyesal di kemudian hari bak kata pepatah,jangan sudah terhantuk baru nak terngadah dan jangan sampai nasi menjadi bubur.


Video tentang Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia.

Sebab perlu ada kebebasan pada masa yang sama ada sekatan pada kebebasan tersebut


Setiap masyarakat mempunyai hak dan kebebasan masing-masing.Contohnya ialah hak kebebasan untuk bercakap ,berhimpun dan menubuhkan persatuan.Setiap individu diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing.Walaupun semua diberi hak untuk bersuara,Parlimen tetap boleh mengenakan sekatan yang difirkan selaras dengan undang-undang demi keselamatan dan ketenteraman awam.Jika masyarakat tidak mematuhi had kebebasan yang ditetapkan maka pihak berkuasa berhak tindakan yang sewajarnya kepada pesalah tersebut.Oleh yang demikian,kebebasan melampaui batas yang boleh menjejaskan negara hendaklah dielakkan demi mejaga keamanan dan kesejahteraan negara.

Pandangan tentang sebab perlu ada peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia


Pada pandangan saya,peruntukan istimewa perlu ada Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan menyuarakan pendapat dan kebebasan memiliki harta dan beragama.
        Seterusnya,peruntukan istimewa perlu ada dalam perlembagaan Perlembagaan persekutuan supaya hak orang Melayu,Bumiputera dan kaum-kaum lain terjaga.Hal ini kerana,semua rakyat berhak mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang.Jika hak orang Melayu,bumiputera dan kaum lain tidak terjaga ia boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan rusuhan kaum.Oleh yang demikian,hak orang Melayu,bumiputera dan kaum lain tidak seharusnya dipandang remeh agar ia dapat menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.
           Selain itu,peruntukan istimewa perlu ada dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat merealisasikanm cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang maju.Hal ini demikian  kerana,bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan para pedagang yang datang dari serata dunia.Walaupun begitu,penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan daripada penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran dan Pendidikan.Di samping itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi di negara kita.Bahasa melayu juga turut termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Negara kita hendaklah mempunyai identity yang sendiri dan identity rasional supaya negara kita tidak ketinggalan untuk maju dari negara-negara lain.Hal ini supaya generasi yang akan datang terus menggunakan bahasa bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu walau dimana sahaja mereka berada.Oleh itu,sekiranya rakyat Malaysia mematuhi apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ianya dapat prestasi dan nama baik negara di persada dunia.

Perkara dalam Peruntukan Perlembagaan yang menjadi tolak ansur antara orang Melayu dengan bukan Melayu


Antara perkara yang sering menjadi menjadi tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ialah:
a) Ancaman kepada orang Melayu
-Pelbagai pihak telah mula membahaskan  tentang hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Antara perkara yang semakin lantang diperbahaskan ialah tentang Perkara 153 yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu.Namun begitu,ada segelintir pihak berbuat sedemikian tanpa memikirkan ianya isu yang sangat sensitive bagi orang Melayu serta tidak mahu megambil tahu megapa perkara ini diwujudkan. Maka,demokrasi hendaklah diberi ruang bagi membolehkan Perkara 153 yang berada dalam perlembagaan tersebut dibahaskan tanpa mengugat perlembagaan itu sendiri.
          Selain itu,salah satu syarat perlembagaan yang dirujuk oleh Suruhanjaya Reid ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain,apabila orang Melayu menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna orang Melayu mengabaikan bangsa lain yang bukan Melayu.Seterusnya,berdasarkan laporan Suruhanjaya Reid,kelebihan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu sejak dari Tahun 1948.Pada tahun tersebut,orang British sendiri tidak pernah menyentuh dan campur tangan dalam soal Melayu dan agama Islam.Ini disebabkan oleh perkara tersebut menjadi subjek yang terlalu sensitive kepada British.Namun begitu, terma bahawa bangsa lain juga tidak diabaikan oleh British.
b) Bertolak ansur kearah Perpaduan Negara
-Isu yang menjadi tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ialah kerakyatan jus soli.Kerakyatan ini menjadi tuntutan orang dagang dan ia tidak dapat diterima oleh orang Melayu.Ini adalah kerana,prinsiop kerakyatan jus soli yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan kedudukan orang Melayu.Namun begitu,selepas beberapa rundingan dibuat,Raja- Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli tetapi dengan syarat orang bukan Melayu hendaklah mengiktiraf kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Selain itu,telah dipersetujui bahawa agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.British juga turut menegaskan bahawa kemerdekaan diberikan sekiranya ketiga-tiga kau mini bersatu hati dan bersepakat.Walaupun begitu,British juga turut merasakan bahawa isu perpaduan kaum ini tidak dapat diselesaikan memandangkan British telah menjalankan dasar ‘pecah dan perintahnya’.Dengan semangat yang jitu para pemimpin iaitu Tun Abdul Rahman,Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan dalam menyelesaikan isu perkauman ini membuahkan hasil dengan mewujudkan kesejahteraan masyarakat dan keharmonian masyarakat pada masa kini serta terhasillah kotrak social yang harus dipatuhi oleh setiap kaum iati Melayu,Cina dan India sehingga hari ini.

Rujukan

                    Buku Teks Pengajian Malaysia Wikipedia  YouTube