Monday, September 24, 2018

Pandangan tentang sebab perlu ada peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia


Pada pandangan saya,peruntukan istimewa perlu ada Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan menyuarakan pendapat dan kebebasan memiliki harta dan beragama.
        Seterusnya,peruntukan istimewa perlu ada dalam perlembagaan Perlembagaan persekutuan supaya hak orang Melayu,Bumiputera dan kaum-kaum lain terjaga.Hal ini kerana,semua rakyat berhak mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang.Jika hak orang Melayu,bumiputera dan kaum lain tidak terjaga ia boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan rusuhan kaum.Oleh yang demikian,hak orang Melayu,bumiputera dan kaum lain tidak seharusnya dipandang remeh agar ia dapat menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.
           Selain itu,peruntukan istimewa perlu ada dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat merealisasikanm cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang maju.Hal ini demikian  kerana,bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan para pedagang yang datang dari serata dunia.Walaupun begitu,penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan daripada penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran dan Pendidikan.Di samping itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi di negara kita.Bahasa melayu juga turut termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Negara kita hendaklah mempunyai identity yang sendiri dan identity rasional supaya negara kita tidak ketinggalan untuk maju dari negara-negara lain.Hal ini supaya generasi yang akan datang terus menggunakan bahasa bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu walau dimana sahaja mereka berada.Oleh itu,sekiranya rakyat Malaysia mematuhi apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ianya dapat prestasi dan nama baik negara di persada dunia.

No comments:

Post a Comment

Rujukan

                    Buku Teks Pengajian Malaysia Wikipedia  YouTube