Monday, September 24, 2018

Perkara dalam Peruntukan Perlembagaan yang menjadi tolak ansur antara orang Melayu dengan bukan Melayu


Antara perkara yang sering menjadi menjadi tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ialah:
a) Ancaman kepada orang Melayu
-Pelbagai pihak telah mula membahaskan  tentang hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Antara perkara yang semakin lantang diperbahaskan ialah tentang Perkara 153 yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu.Namun begitu,ada segelintir pihak berbuat sedemikian tanpa memikirkan ianya isu yang sangat sensitive bagi orang Melayu serta tidak mahu megambil tahu megapa perkara ini diwujudkan. Maka,demokrasi hendaklah diberi ruang bagi membolehkan Perkara 153 yang berada dalam perlembagaan tersebut dibahaskan tanpa mengugat perlembagaan itu sendiri.
          Selain itu,salah satu syarat perlembagaan yang dirujuk oleh Suruhanjaya Reid ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain,apabila orang Melayu menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna orang Melayu mengabaikan bangsa lain yang bukan Melayu.Seterusnya,berdasarkan laporan Suruhanjaya Reid,kelebihan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu sejak dari Tahun 1948.Pada tahun tersebut,orang British sendiri tidak pernah menyentuh dan campur tangan dalam soal Melayu dan agama Islam.Ini disebabkan oleh perkara tersebut menjadi subjek yang terlalu sensitive kepada British.Namun begitu, terma bahawa bangsa lain juga tidak diabaikan oleh British.
b) Bertolak ansur kearah Perpaduan Negara
-Isu yang menjadi tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ialah kerakyatan jus soli.Kerakyatan ini menjadi tuntutan orang dagang dan ia tidak dapat diterima oleh orang Melayu.Ini adalah kerana,prinsiop kerakyatan jus soli yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan kedudukan orang Melayu.Namun begitu,selepas beberapa rundingan dibuat,Raja- Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli tetapi dengan syarat orang bukan Melayu hendaklah mengiktiraf kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Selain itu,telah dipersetujui bahawa agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.British juga turut menegaskan bahawa kemerdekaan diberikan sekiranya ketiga-tiga kau mini bersatu hati dan bersepakat.Walaupun begitu,British juga turut merasakan bahawa isu perpaduan kaum ini tidak dapat diselesaikan memandangkan British telah menjalankan dasar ‘pecah dan perintahnya’.Dengan semangat yang jitu para pemimpin iaitu Tun Abdul Rahman,Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan dalam menyelesaikan isu perkauman ini membuahkan hasil dengan mewujudkan kesejahteraan masyarakat dan keharmonian masyarakat pada masa kini serta terhasillah kotrak social yang harus dipatuhi oleh setiap kaum iati Melayu,Cina dan India sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment

Rujukan

                    Buku Teks Pengajian Malaysia Wikipedia  YouTube