Monday, September 24, 2018

Kebebasan Asasi



1.Kebebasan diri. 

Mengikut undang-undang tiada seseorang yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan keatas dirinya.
-Jika seseorang yang menyalahi undang-undang maka Mahkamah Tertinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi hendaklah menyiasat dan jika mahkamah berpuas hati maka tahanan tersebut adalah sah. Dengan itu, hendaklah diperintahkan supaya orang tersebut dibawa untuk berhadapan dengan mahkamah.
-Apabila seseorang itu tertangkap maka dia hendaklah memberitahu alasan-alasannya mengapa dia ditangkap dan dibenarkan untuk berunding serta dibela oleh seorang pengamal undang-undang.    
-Tanpa kebenaran majistret seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan tanpa munasabah yang kukuh dan dalam tempoh dua puluh empat jam perlu dibawa untuk berhadapan dengan majistret dan tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya.

2.Keabdian dan kerja paksa dilarang. 

-Seseorang hanya akan dihukum atas perbuatan yang dianggap salah dari segi undang-undang dan akan dibebaskan daripada sesuatu kesalahan yang tidak akan didakwa semula.
-Namun mahkamah akan membuat perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti yang baru.      

3.Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa ke belakang dan perbicaraan secara berulang. 

-Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama kecuali pembabitan atau pembebasan itu dibatalkan dan dibicarakan semula oleh mahkamah.

4.Kesamarataan.

-Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang tanpa perbezaan dari segi warga asing, politik, sosial, pekerjaan, taraf ekonomi kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan.         

5.Larangan buang negeri dan kebebasan untuk bergerak. 

-Tiap-tiap warganegara berhak untuk bergerak atau bermastautin di mana-mana negeri namun sekatan akan dikenakan oleh parlimen atas tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman ke atas pesalah.       

6.Kebebasan untuk bercakap,berhimpun dan persatuan. 

-Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman, mempunyai kebebasan dalam menyuarakan pendapat dan membentuk persatuan tetapi parlimen berhak menyekat kebebasan itu demi keselamatan dan ketenteraman negara.     

7.Kebebasan beragama. 

-Semua orang berhak menganut dan mengamalkan agama masing-masing tetapi diboleh mempunyai cukai khas untuk membayar maksud agama tersebut. Undang-undang negeri akan menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan antara penganut agama islam.         

8.Hak berkaitan dengan pendidikan. 

-Semua pihak berhak mendapat pelajaran yang sama daripada pihak berkuasa dan menubuhkan serta menyelenggarakan institusi pendidikan dalam kumpulan agama masing-masing.   

9.Hak terhadap harta.

-Setiap orang berhak mengumpul dan mengagihkan hartanya. Pampasan akan diberi apabila seseorang mengambil alih melalui undang-undang. 
-Tetapi berlaku pelucutan harta terhadap seseorang mengikut undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Rujukan

                    Buku Teks Pengajian Malaysia Wikipedia  YouTube