Monday, September 24, 2018

Hak istimewa orang Melayu

      LATAR BELAKANG HAK-HAK ISITIMEWA ORANG MELAYU
  • Setiap individu di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak istimewa berbanding  dengan bangsa yang lain. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan yang baharu, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
  • Orang Melayu ialah penduduk asal di negara ini. Dari sinilah terbentuknya nama Tanah Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa asal yang menghuni negara ini pada suatu masa dahulu. Orang Melayu pada zaman dahulu merupakan bangsa yang amat terkenal di negara ini. Orang Melayu terkenal dari segi pelayaran, seni halus dan seni bina. Orang Melayu zaman dahulu kebanyakannya terlibat dalam sektor pelautan, pertanian, dan perikanan. Orang Melayu zaman dahulu menyara diri ataupun keluarga dengan mengutip hasil daripada sektor pelautan, pertanian, dan perikanan. Orang Melayu zaman dahulu telah membuka suatu kawasan hutan dan pedalaman  untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan dan pusat pemerintahan. 
HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160(2) mendefinisikan orang Melayu sebagai seseorang yang telah menganuti agama Islam. Selain itu, orang Melayu mestilah mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Seterusnya, orang Melayu mestilah mengamalkan adat istiadat Melayu dalam kehidupan. Dan yang terakhir ialah, orang Melayu mestilah lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, ataupun pada hari merdeka dan dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera adalah perkhidmatan awam, ekonomi, dan pendidikan. 
      1.  Perkhidmatan awam

  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 153 memperuntukkan tanggungjawab yang besar kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
  • Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mestilah diperuntukan pada nisbah tertentu.

   2. Ekonomi

  • Semenjak penjajahan orang British sehinggalah Malaysia mencapai kemrdekaan, orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perdagangan.
  • Usaha kerajaan untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan kebanyankannya didominasikan oleh bangsa asing.
  • Usaha kerajaan yang seterusnya adalah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970-an (1971-1990). Dengan harapan yang tinggi bahawa orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan bidang perniagaan dan perdagangan di negara ini.
  3. Pendidikan
  • Semasa zaman penjajahan British, orang Melayu tidsk ramai yang berpendidikan sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Bilangan orang Melayu di tahap pendidikan yang tinggi amat sedikit. Orang Melayu jauh ketinggalan sama ada dalam pendidikan Melayu mahupun pendidikan Inggeris. Jika ada yang berpendidikan, mereka hanya tahu membaca, menulis, dan mengira sahaja. Kebanyakan orang Melayu adalah buta huruf.
  • Orang Melayu tidak seharusnya ketinggalan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, kemudahan khas perlu diadakan agar orang Melayu dapat bersaing dengan kaum-kaum yang lain dalam bidang pendidikan. 
  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia Fasal 2 Perkara 153 memperuntukkan YDPA memikul tanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tanggunjawab YDPA ialah menentukan perizaban mereka. Contohnya, biasiswa, bantuan, dan keistimewaan pelajaran dan kemudahan pelajaran yang lain yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.














































2 comments:

  1. Sands Casino: 50% Bonus Up To $400 - Online Casino
    The Sands online casino is an online gambling platform in Michigan, The Sands casino 메리트카지노총판 has a septcasino number of exciting slots, 제왕카지노 video poker,

    ReplyDelete
  2. Las Vegas casino opening day: opening day, schedule, casino
    Opening day: 서산 출장샵 Las Vegas 오산 출장안마 casino opening day: opening day, schedule, casino The 밀양 출장안마 Wynn and Encore casinos will operate on an operating basis, the 청주 출장샵 company announced 영천 출장샵 Thursday.

    ReplyDelete

Rujukan

                    Buku Teks Pengajian Malaysia Wikipedia  YouTube