Kesimpulannya,berdasarkan apa yang kami perolehi daripada mengkaji dan mencari maklumat tentang Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia ialah isu perkauman ini boleh mendorong kepada pecah belah masyarakat dan sekiranya tidak dapat diatasi maka keharmonian dan kemerdekaan akan sukar untuk dicapai.Selain itu,dengan mengkaji tajuk ini ianya juga mengajar kita untuk sentiasa bertolak ansur sesama sendiri tanpa mengira kaum dan warna kulit.Akhir kata, kita hendaklah sentiasa bersikap rasional dan terbuka untuk melakukan keputusan yang bijak dan munasabah supaya ianya memberi banyak kelebihan kepada masyarakat agar tidak menyesal di kemudian hari bak kata pepatah,jangan sudah terhantuk baru nak terngadah dan jangan sampai nasi menjadi bubur.
Video tentang Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment