Monday, September 24, 2018

Penghargaan

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan termasuk Politeknik Kuching, Sarawak kerana telah memberi sokongan padu dan kelulusan kepada kami untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami.

Dalam usaha menjayakan tugasan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohamad Bazli Bin Mohamad Radzi kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini dengan sempurna.

Sepanjang dalam menjalankan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pengalaman pahit mahupun manis yang amat bermakna dan berharga dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Justeru itu, kami juga telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan maklumat dengan lebih terperinci lagi yang berkaitan dengan tugasan kami iaitu Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan moral kepada kami bagi melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Selain daripada itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuagan kerana mereka telah banyak menhulurkan bantuan dan memberi kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini.

Akhir kata, ucapan jutaan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah membantu kami untuk menjayakan tugasan ini secara langsung dan secara tidak langsung. Segala bantuan dan kerjasama yang anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan daripada anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Rujukan

                    Buku Teks Pengajian Malaysia Wikipedia  YouTube